Thursday, October 28, 2010

Kenapa Blog Ini Diwujudkan

Mutakhir ini, perkembangan penggunaan internet di kalangan masyarakat Malaysia cukup 'mengujakan'. Pada pandangan peribadi saya perkembangan pesat industri ini mula memperlihatkan ia akan menjadi satu 'Giant Industri' yang memberi profit bertaraf jutawan kepada pencebur-penceburnya. Cuba kita lihat hari ini, orang disekeliling bercakap dengan nada bangga (harap2 bukan riak la ye..).." semalam aku ade beli baju utk anak aku..beli kot internet je..cantik..dah sampai pun..".. tak pun kita mesti pernah dengar dialog sebegini dituturkan ..."ko x payah pening2..ko tengok kat internet je, belambak ebook ko bleh beli..ko nak ebook ape..??" biasa kan...

Hahaha.... tu lah...itu cuma antara contoh aje.. kawan2 yang saya kenal kat sekeliling saya sekarang ni pun, semuanya dah banyak yang order dan beli barang by thru internet je..ada yang beli baju cap korea la, beli cincin kawin pun.. ada juga beli baju untuk anak2 la.. yang paling popular ialah beli ebook.. beli buku pun ada cam novel dan sebagainya...

Cumanya yang nak dicelotehkan di sini ialah pembelian ebook... benda ni paling mudah, cepat paling senang kena tipu pun ye...hahaha...kenapa??? kenapa senang kena tipu??? Yelah..kita beli ebook tersebut hanya berdasarkan pada preview surat jualannya sahaja.. pada surat jualan tu, bermacam-macam ayat 'mengurat', ayat jampi serapah dan pukau bagai terangkum kat situ...jadi kita tertarik dengan apa yang terpapar pada surat jualan tersebut..kemudian apabila dah beli baru kita tahu 'kontent'nya cuma begitu dan begini aje..tak sehebat gempuran yang dicetuskan...akhirnya tercetusla dari mulut kita yang membeli ni..huh membazir je aku beli bukan bleh guna pon... itu belum lagi masuk kes bayar tapi tak dapat barang.. kes dah beli tapi penjualnya pulak tak boleh dihubungi dan tak tahu adab untuk membantu si pembeli..huhu..macam-macam kes lah....

TETAPI...bukan semuanya begitu...ada yang bagus..yang ikhlas menjual ebook dan ikhlas membantu...masih ramai lagi yang jujur dan berintegriti diluar sana tu yang bergelumang dalam industri ini..makanya jangan bimbang cumanya bimbang itu tetap juga kena ada..dan mestilah kena pandai-pandai pilih ebook yang bersesuaian dan diprovidekan oleh mereka yang ada 'hati' untuk kekal lama dalam industri ini..

Renung-renungkan dan selamat beramal ...